30 Jun 2016

Khas untuk Pasangan Yang baru berkahwin: DAH BUAT KEPUTUSAN NAK BALIK MANA RAYA NI? Ini tipnya::
JIKA DI RUMAH KAMPONG ISTERI
1. Isterinya tidak stres dan sisuaminya biasanya "cool". Bersama buat objektif raya pertama kali ini untuk menghiburkan ibu ayah dan kelaurga siisteri.
2. Isteri beri taklimat kepada suami budaya ayahnya semasa menyambut hari raya. Agar suami boleh bersedia bersama menghiburkan mertuanya. Waktu dia ke masjid, pakaiannya, makannya, masa berborak dan aktiviti yang lain.
3. Rancang nanti, tiba di rumah sisuami yang berikan hadiah kepada ibu (kueh atau makanan) dan ayah (pakaian yang dah siap)
4. Sisuami bersama-sama mengangkat beg2 ke bilik penginapan.
5. Aktiviti harian (sambut dan melayan tetamu, keluarga dan jiran) isteri harus proaktif beri taklimat kepada suami agar dia tidak kekok bersama keluarga barunya.
6. Jika suami tak sempat ke masjid, solat berjamaah bersama isterinya.
7. Masa nak meninggalkan rumah itu, si suami yang menghulurkan wang sekadar yang mampu sebagai tanda terima kasih kepada ibu mertua. Untuk ayah mertua, cukup sekadar mencium tangannya.
JIKA DI RUMAH KAMPONG SUAMI
1. Tetapkan bersama objektif untuk menghiburkan ibu ayah dan keluarga di kampong.
2. Buat perancangan rapi selama berada di rumah itu (seeloknya tak lebih 3 hari), Isteri cadangkan apa baju yang akan dipakai berdasarkan "aturcara" nanti. Apa hadiah yang akan diberikan kepada ibu dan ayah (Suami yg beri pandangan mengikut minat ibu dan ayahnya). Sampai di rumah, si isteri yang menghulurkan hadiah2 itu.
3. Suami terangkan budaya ibunya menyambut hari raya juga selepas dan sebelum raya kepada isteri agar isteri boleh bersedia untuk menghiburkan ibu mertuanya.Termasuk cara ke dapur memasak, membasuh kain dan mengemas rumah.
4. Jika suami ada ramai adik beradik dan saudara mara, dia mesti menceritakan setiap satu perangai mereka agar isteri boleh bersedia bersemuka, bersembang dengan mereka. Supaya isteri tidak terasa hati jika ada keluarga mara yang kaki usik.
5. Suami harus sentiasa ada disisi isterinya untuk berikan sokongan terutama sekali apabila timbul perkara yang asing atau baru bagi isteri. Terutama sekali loghat isteri dengan suami jauh berbeza. Suami pembela dan penterjemah untuk isteri.
6. Berpakat dan selesai di dalam bilik (berdua sahaja) jika timbul perkara yang tidak menyenangkan.
7. Buat jadual masa suami keluar ke masjid atau berjumpa beraya dengan kawan2nya sekampong dan masa bersama isteri di rumah dan sentiasa "update" lokasi suami untuk menenangkan jiwa isteri yang keseorangan di rumah.
8. Setiap malam sebelum tidur bersyukurlah jika apa yang dirancang diizinkan Allah.
9. Nak pulang nanti, si isteri yang menghulurkan wang sekadar yang mampu sebagai tanda terima kasih kepada ibu mertuanya. Untuk ayah mertua, cukup dengan mencium tangannya.
Selamat merancang. Ini bukan hukum atau fatwa ye. sekadar panduan. Pak Utih