22 September 2015

Jika ibubapa/mertua datang ke rumah, kita sibuk kerja!

Jika berlaku keadaan demikian, jangan panik, berbincang dengan suami isteri dan uruskan secara pasukan untuk melayani mereka. Apalagi isteri yang kerja syif, on call, atau over time.


1. Ingat! apabila ibubapa atau mertua datang ke rumah kita sama ada dirancang atau mengejut, itu bermakna Allah hendak memberikan pahala kepada kita. Oleh itu hendaklah redha kedatangan mereka dan bersyukur kepadaNya.

2. Sediakan semua bahan-bahan mentah dan kering keperluan dapur yang lengkap yang boleh digunakan untuk memasak menu-menu yang biasa ibu / mertua masak. Contoh: untuk memasak kari ikan kembung, pastinya ada 2-3 ekor ikan kembung, daun kari, serbuk kari untuk ikan, asam jawa, bawang kecil, bawang putih, halia, santan kelapa, bendir dan minyak masak.

3. Bila ibu / mertua telah rehat, sebelum isteri pergi kerja, jemput ibu / mertua ke dapur, tunjukkan kedudukan semua bahan-bahan kering dan basah dan terangkan kepada mereka, "buatlah macam rumah ibu sendiri" , gunakanlah untuk memasak dan sebagainya.

4. Tunjukkan cara menggunakan dapur, kerana cara alat-alat mungkin tidak sama dengan di rumah ibu". Tunjukkan juga tong sampah dan cara membuang sampah.

5. Tunjukkan juga cara menggunakan TV HD yang banyak remote-remote itu. Sabarlah di atas ketidakpandaian mereka mengenai penggunaan TV HD. Jika mereka pinta Wifi, jangan lupa berikan mereka kata kuncinya.

6. Bila pulang ke rumah, ibu mertua telah tersedia makanan di atas meja, Makanlah selahap-lahapnya walaupun anda telah makan di pejabat tadi. Ini akan menambah pahala kerana ibu / mertua terasa gembira atas masakannya. JANGAN kata, Saya dah makan di pejabat tadi, kenyang".. anda biarkan makanan itu tidak disentuh hingga esoknya.

7. Sila beritahu jiran sebelah menyebelah yang ibu bapa / mertua ada di rumah dan beritahu juga mereka siapa jiran-jiran di sebelah. Bertujuan, jika terjadi perkaran yang tidak diinginkan, mereka tahu siapa untuk dihubungi dengan segera.

Selamat menyambut kedatangan ibubapa / metua ke rumah............. Pak Utih (boleh share)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan