8 September 2015

BAJU RAYA SUAMI DI KAMPUNG

ISTERI BANTU SUAMI BERPAKAIAN YANG PERTAMA KALI RAYA DI RUMAH MERTUANYA

Ibu bapa mertua memang teruja untuk melihat tuah dan akhlak anak menantu lelaki yang pertama kali beraya di rumahnya. Kebanyakan mereka mengharapkan menantu lelaki ini dapat memimpin dan memimbing anak daranya yang telah diserahkan kepadanya. Pandangan pertama cara suami muda ini berpakaian di rumah mertua memang boleh memberikan kesan terhadap persepsi mertuanya.

Disebabkan kebanyakan lelaki “buta warna” dan juga “buta etika berpakaian”, maka isterinyalah yang sepatutnya menguruskan pakaian-pakaian yang sesuai untuk dipakai oleh suaminya dihadapan ibubapanya. Suami pula, patuhlah kepada saranan isteri ini kerana mata mereka hebat boleh melihat pelbagai warna seperti skrin HD dan bijak mengadun suasana.


Berikut tipnya:

1. Hari pertama sampai ke rumah. Pakaian “Smart Casual” ( T shirt tidak berkolar dilarang sama sekali) dengan warna sedondon dengan pakaian isteri.

2. Berbuka puasa di rumah. Baju melayu berkain pelikat. (T shirt tidak berkolar dilarang sama sekali) agar boleh terus berjamaah di masjid atau di rumah dengan pakaian ini.

3. Jika suami ingin memakai jubah arab, minta kebenaran ayah mertua sekiranya ayah mertuanya itu tak pernah memakai jubah. Budaya melayu memakai jubah menggambarkan ketinggian ilmu keagamaannya. Tujuan minta kebenaran adalah untuk menghormatinya. Tetapi sekiranya ayah mertua memang sentiasa memakai jubah, maka amat sesuai menantu ini juga memakai jubah.

4. Sepanjang hari raya pertama, baju melayu bersamping bersongkok dengan warna sedondon dengan pakaian isteri.

5. Jika suami ingin memakai jubah untuk hari raya pertama, maka ikutilah tip no 3 di atas. Pastikan juga jubah itu sedondon dengan pakaian isterinya.

6. Tujuan berpakaian sama seperti ayah mertua kerana semasa bergambar grupfoto nanti, semua kelihatan sekata seirama sehati sejiwa.

7. Jika ayah mertua menghadiahkan songkok, pakailah pada hari raya pertama walaupun anda tidak selesa atau biasa. Ini bertujuan menghormatinya. Pastikan songkok itu sesuai dengan tema pakaian anda berdua suami isteri.

8. T shirt tidak berkolar hanya sesuai dipakai semasa menolong mertua membersihkan halaman rumah, memasak lemang, mengacau dodol, aktiviti yang berpeluh dan semasa masa nak tidur sahaja.

9. Jangan sekali-kali hanya berkain pelikat atau seluar tanpa baju semasa berada di dalam rumah mertua melainkan di dalam bilik tidur sahaja.

10 Pakaian meninggalkan rumah balik ke tempat kerja masing-masing ialah “smart casual” warna yang sedondon dengan isteri.

Selamat berhari raya di rumah mertua....................... Pak Utih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan