30 November 2015

SAYANGKAN ISTERI TOLONG "FULL" MINYAK KERETANYA

SAYANGKAN ISTERI TOLONG "FULL" MINYAK KERETANYA

Kebiasaan org perempuan terutama sekali yg berkerjaya, mindanya non stop memikirkan hal-hal anak, kerja-kerjanya, teman sepejabat, anak muridnya jika dia guru dan hal-hal suaminya. Terutama sekali waktu pagi. Semuanya itu aktif serentak. Sel white matter yg 10x lebih banyak daripada lelaki, membolehkan dia menghubungkait semua isu dengan yang lain dengan lancar dan mudah.

Namun ada satu bahagian yg tidak termasuk di dalam neuron otak pemikirannya ialah keretanya. Binaan mindanya tidak diciptakan untuk minat kepada mesin, gajet atau alatan.


Apa yg dia tahu, capai kunci, masuk kereta, start engin, jalan.
Dia akan sedar sesuatu terjadi pada keretanya apabila ada amaran atau perkara itu terjadi.

Oleh itu jika suami ingin disayangi oleh isteri, SEKALI SEKALA isi penuhlah minyak keretanya secara surprise. Pasti dia rasa terharu kepada anda. Khidmat anda itu amat dihormatinya kerana anda telah melengkapi kehidupannya pada hari itu.

Cubalah ........ Pak Utih.

TANDA-TANDA SUAMI TERLEBIH SAYANG ISTERI

TANDA-TANDA SUAMI TERLEBIH SAYANG ISTERI

Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang Ustaz di FB yang mengatakan, “ Suami isteri yang boleh berkekalan hingga ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi sayang isteri kepada suami ”.

Apakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?

1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.

2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.

3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.

4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.

5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.

6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.

7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.

8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.

9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.

10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.

Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda....jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang.....Selamat menyayangi isteri............................... (joking-joking je...Pak Utih)

22 September 2015

Jika ibubapa/mertua datang ke rumah, kita sibuk kerja!

Jika berlaku keadaan demikian, jangan panik, berbincang dengan suami isteri dan uruskan secara pasukan untuk melayani mereka. Apalagi isteri yang kerja syif, on call, atau over time.


1. Ingat! apabila ibubapa atau mertua datang ke rumah kita sama ada dirancang atau mengejut, itu bermakna Allah hendak memberikan pahala kepada kita. Oleh itu hendaklah redha kedatangan mereka dan bersyukur kepadaNya.

2. Sediakan semua bahan-bahan mentah dan kering keperluan dapur yang lengkap yang boleh digunakan untuk memasak menu-menu yang biasa ibu / mertua masak. Contoh: untuk memasak kari ikan kembung, pastinya ada 2-3 ekor ikan kembung, daun kari, serbuk kari untuk ikan, asam jawa, bawang kecil, bawang putih, halia, santan kelapa, bendir dan minyak masak.

3. Bila ibu / mertua telah rehat, sebelum isteri pergi kerja, jemput ibu / mertua ke dapur, tunjukkan kedudukan semua bahan-bahan kering dan basah dan terangkan kepada mereka, "buatlah macam rumah ibu sendiri" , gunakanlah untuk memasak dan sebagainya.

4. Tunjukkan cara menggunakan dapur, kerana cara alat-alat mungkin tidak sama dengan di rumah ibu". Tunjukkan juga tong sampah dan cara membuang sampah.

5. Tunjukkan juga cara menggunakan TV HD yang banyak remote-remote itu. Sabarlah di atas ketidakpandaian mereka mengenai penggunaan TV HD. Jika mereka pinta Wifi, jangan lupa berikan mereka kata kuncinya.

6. Bila pulang ke rumah, ibu mertua telah tersedia makanan di atas meja, Makanlah selahap-lahapnya walaupun anda telah makan di pejabat tadi. Ini akan menambah pahala kerana ibu / mertua terasa gembira atas masakannya. JANGAN kata, Saya dah makan di pejabat tadi, kenyang".. anda biarkan makanan itu tidak disentuh hingga esoknya.

7. Sila beritahu jiran sebelah menyebelah yang ibu bapa / mertua ada di rumah dan beritahu juga mereka siapa jiran-jiran di sebelah. Bertujuan, jika terjadi perkaran yang tidak diinginkan, mereka tahu siapa untuk dihubungi dengan segera.

Selamat menyambut kedatangan ibubapa / metua ke rumah............. Pak Utih (boleh share)

8 September 2015

AJAK ISTERI BERAYA DI KAMPUNG RUMAH SUAMI

Nak Ajak Isteri Beraya di Kampung Rumah Suami

Memang megah dan seronok, terutama sekali yang baru berumahtangga, bawa isteri beraya di rumah kampung sendiri. Pastinya akan pulang seawal dua atau tiga hari berpuasa bersama keluarga sebelum menyambut kedatangan Syawal.

Terasa hebat kejantanan apabila hari raya kali ini berstatus seorang suami membawa isteri beraya di kampung.
Bagaimana pula perasaan sang isteri baru itu, adakah juga berasa gembira dan terharu mendapat undangan pertama kali beraya di rumah orang lain?.

Wahai suami baru, isteri anda tidak gembira sebagaimana anda rasai. Walau bagaimanapun, dia tidak akan menolak undangan anda kerana dia ingin juga mengamalkan sifat-sifat ketaatan dan kesetiaan kepada suaminya untuk kali pertama ini. Namun kegelisahannya pasti bergoncang sebaik saja suami menyuarakan hasrat beraya di kampungnya.

Apa yang dia risaukan?

1. Sampai di rumah nanti, siapa yang perlu dia layan dulu?

2. Bilik mana dia akan tidur dan bagaimana menguruskan bilik tidur itu?

3. Apa hadiah yang perlu dibeli dan untuk siapa?

4. Apakah dia perlu ke dapur memasak untuk keluarga atau hanya membantu?

5. Bagaimana nak basuh baju kalau dijangkakan seminggu di rumah itu?

6. Adakah perlu dia sentiasa bertudung di rumah itu.

7. Apa perlu dia buat pada pagi raya dan kalau tetamu datang beraya di rumah itu?

8. Bagaimana nak melayan ipar-ipar dan anak-anak saudara yang datang ke rumah nanti?

9. Banyak lagi yang dia fikirkan… (tolong tambah)

Oleh itu wahai suami, elok kita bantu ringankan stres isteri ini agar dia terasa kehadiran dia nanti di rumah barunya itu dihormati dan difahami.

1. Elok berpuasa di rumah ibubapanya dahulu dalam dua tiga hari sebagai kunjungan hormat menyatakan kepada ibubapanya yang tahun ini anak perempuan kesayangan mereka itu tidak akan beraya bersama mereka.

2. Sebaik-baiknya rancang beraya di kampung hanya tiga malam sahaja. Jika dah ambil cuti seminggu, pada malam keempat, elok pergi ke tempat lain, dan malam ke lima baru tidur di kampung semula untuk dihabiskan hari cuti itu. Ini bertujuan untuk memecahkan “monotonous” kebosanan dan mengurangkan stres isteri yang masih baru di rumah itu.

3. Senaraikan semua aktivit harian ibu anda daripada bangun sahur hingga dia masuk tidur. Kemudian terangkan kepada isteri agar isteri tadi tahu pergerakan seharian ibu mertuanya itu dan melayan ibu mertuanya mengikut aktiviti rutinnya. Dengan ini isteri tadi tidak kekok dan mudah untuk dia mengenali ibu mertuanya.

4. Terangkan juga masakan-masakan kegemaran ibu itu semasa bersahur, berbuka dan hidangan raya agar isteri anda boleh “google” recipe berkenaan sebagai persediaan membantu mertuanya di dapur.

5. Terangkan juga hadiah-hadiah yang menjadi minat ibu dan ayah. Jika anda sebagai lelaki tidak tahu (memang tak tahu pun) elok tanyalah kakak atau adik perempuan anda mengenai hal ini. Mereka boleh membantu. Dan sesampai di rumah nanti, biarkan isteri anda yang menyerahkan hadiah itu kepada ibu dan ayah anda. Ini memberikan pandangan pertama yang positif daripada ibu dan ayah anda kepada isteri anda. Isteri juga terasa dihormati. Sebaik-baik hadiah ialah biskut raya atau juadah makanan untuk berbuka puasa. Jangan hadiah kain yang belum berjahit atau makanan mentah yang membebankan ibu mertua memasaknya.

6. Jika berkumpul sanak saudara beramai-ramai, jangan tinggalkan isteri anda kesaorangan. Duduk bersama dia melayan dan membantu menjawab soalan-soalan daripada sanak saudara yang kadang-kadang itu sengaja melontarkan soalan “mengena” terutama sekali yang berlainan dialek. Kecewa isteri anda jika dia terasa dipermain-mainkan terutama sekali anda tidak “mempertahankan”nya.

7. Jika isteri mengadu dan mengomen itu ini mengenai keadaan dan perangai orang-orang di rumah itu, jangan terus menghentamnya. Isteri anda sedang “mengorientasi” atau “menyelami” atau “kondisi” suasana baru di rumah barunya itu. Dengarlah perkataannya dan jawablah dengan kasih sayang agar penjelasan anda itu dapat diterima sebagai rasa belas kasihan.

8. Kalau isteri anda segan atau malu pada peringkat awal bertanya kepada mertua atau iparnya untuk dia membantu kerja rumah, temanilah dia hingga dia sudah yakin untuk buat sendirian. Comtohnya menggunakan mesin basuh dan menyidaikan kain di ampaian dan sebagainya. Mungkin, teknik dan amalan kebiasaannya tidak sama dengan di rumah itu.

9. Jika ada perkara yang dia tidak puas hati, elok dibincang di dalam bilik atau tempat yang ada “privacy”.

10. Sebelum meninggalkan rumah, suruh isteri anda yang hulurkan wang raya semampu yang anda ada, kepada ibu dan ayah. Upacara Ini mengikatkan lagi kasih sayang ibubapa anda kepada isteri anda.

11. Sesampai di rumah anda, suruh isteri anda telefon ibu memberitahu yang anda berdua telah selamat sampai di rumah. Ini juga menambah kasih sayang mereka berdua kepada anda.

Selamat merancang membawa isteri – Pak Utih… boleh “share”.

BAJU RAYA SUAMI DI KAMPUNG

ISTERI BANTU SUAMI BERPAKAIAN YANG PERTAMA KALI RAYA DI RUMAH MERTUANYA

Ibu bapa mertua memang teruja untuk melihat tuah dan akhlak anak menantu lelaki yang pertama kali beraya di rumahnya. Kebanyakan mereka mengharapkan menantu lelaki ini dapat memimpin dan memimbing anak daranya yang telah diserahkan kepadanya. Pandangan pertama cara suami muda ini berpakaian di rumah mertua memang boleh memberikan kesan terhadap persepsi mertuanya.

Disebabkan kebanyakan lelaki “buta warna” dan juga “buta etika berpakaian”, maka isterinyalah yang sepatutnya menguruskan pakaian-pakaian yang sesuai untuk dipakai oleh suaminya dihadapan ibubapanya. Suami pula, patuhlah kepada saranan isteri ini kerana mata mereka hebat boleh melihat pelbagai warna seperti skrin HD dan bijak mengadun suasana.


Berikut tipnya:

1. Hari pertama sampai ke rumah. Pakaian “Smart Casual” ( T shirt tidak berkolar dilarang sama sekali) dengan warna sedondon dengan pakaian isteri.

2. Berbuka puasa di rumah. Baju melayu berkain pelikat. (T shirt tidak berkolar dilarang sama sekali) agar boleh terus berjamaah di masjid atau di rumah dengan pakaian ini.

3. Jika suami ingin memakai jubah arab, minta kebenaran ayah mertua sekiranya ayah mertuanya itu tak pernah memakai jubah. Budaya melayu memakai jubah menggambarkan ketinggian ilmu keagamaannya. Tujuan minta kebenaran adalah untuk menghormatinya. Tetapi sekiranya ayah mertua memang sentiasa memakai jubah, maka amat sesuai menantu ini juga memakai jubah.

4. Sepanjang hari raya pertama, baju melayu bersamping bersongkok dengan warna sedondon dengan pakaian isteri.

5. Jika suami ingin memakai jubah untuk hari raya pertama, maka ikutilah tip no 3 di atas. Pastikan juga jubah itu sedondon dengan pakaian isterinya.

6. Tujuan berpakaian sama seperti ayah mertua kerana semasa bergambar grupfoto nanti, semua kelihatan sekata seirama sehati sejiwa.

7. Jika ayah mertua menghadiahkan songkok, pakailah pada hari raya pertama walaupun anda tidak selesa atau biasa. Ini bertujuan menghormatinya. Pastikan songkok itu sesuai dengan tema pakaian anda berdua suami isteri.

8. T shirt tidak berkolar hanya sesuai dipakai semasa menolong mertua membersihkan halaman rumah, memasak lemang, mengacau dodol, aktiviti yang berpeluh dan semasa masa nak tidur sahaja.

9. Jangan sekali-kali hanya berkain pelikat atau seluar tanpa baju semasa berada di dalam rumah mertua melainkan di dalam bilik tidur sahaja.

10 Pakaian meninggalkan rumah balik ke tempat kerja masing-masing ialah “smart casual” warna yang sedondon dengan isteri.

Selamat berhari raya di rumah mertua....................... Pak Utih

"Lasting Love" Pasangan PJJ

“”Lasting Love” pasangan PJJ

Berpisah setelah bernikah amatlah menyiksakan bagi pasangan terutama sekali yang perempuannya. Semua wanita yang telah bergelar isteri sentiasa ingin bersama suaminya. Jika boleh sepanjang masa setiap saat berkepit disebelah suaminya.

Bagi sisuami pula yang mindanya boleh fokus dan menyibukkan dengan tugasannya, hanya akan terasa sunyi rindu kepada isterinya apabila hendak tidur malam.
Namun demi tugas, mencari ilmu dan kerjaya, mereka terpaksa berpisah jua. Adakah di sana jalan penyelesaian? Berikut adalah tip untuk mengurangkan kebimbangan, kerisauan, keperitan perpisahan antara anda berdua.

1. Suami ada rancangan dan kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk tinggal bersama-sama nanti. Anda berdua tetapkan tarikh “keramat” penamat duduk berasingan itu. In sya Allah, yakinlah, isteri itu pasti akan menanda “the count-down” memangkah hari demi hari “looking forward” tarikh yang dinantikan. Jiwanya ada harapan sedikit dan dia bertambah tenang melihat “count-down” itu.

2. Sebaik-baiknya jangan berpisah lebih daripada 3 bulan. Naluri wanita terasa sangat gelisah jika ditinggal suami lebih 3 bulan. Semasa zaman pemerintahan Saidina Umar ra, beliau telah mengarahkan semua tentera di perbatasan pulang ke rumah selepas 3 bulan. Oleh itu, usahakan untuk bertemu melepaskan rindu dendam paling setiap 3 bulan.

3. Pertemuan ini hendaklah khas berjumpa memadu kasih berdua sahaja. Bukan pulang ke kampong bersama menziarah ibubapa mertua di kampong. Pertemuan ini tidak memberikan nilai tambah kepada pasangan. Malah dikhuatiri bertambah stres kerana terpaksa melayani ibubapa mertua yang juga merindui anaknya yang terpisah ini.

4. Contoh: Suami belajar di Australia, isteri kerja di Malaysia. Buat pertemuan 3 bulan sekali di Bali atau yang seumpama dengannya (ikut kemampuan baget) selama 3 hari 2 malam. Selepas itu pulang semula ke tempat masing-masing.

5. Jika kedua pasangan berada di Malaysia, tempah menginap di hotel-hotel kegemaran dahulu dalam 2-3 hari sebelum bertandang ke rumah mertua atau rumah yang diduduki isterinya sekarang. Suasana bilik hotel yang romantis boleh menambah nilai cinta berahi menampung keperitan kerinduan perpisahan itu.

6. Setiap kali pertemuan bersejarah itu, digalakkan memberi hadiah kepada isteri satu cenderamata istemewa secara ala-kadar sebagai ingatan pertemuan di tempat itu. Jika suami ini orang berada, dicadangkan hadiahkan kepada isteri gelang “Pandora” atau yang sewaktu dengannya. Setiap kali pertemuan cinta ini, isteri itu pula akan membeli “Charm” tersendiri untuk mengingati peristewa tersebut.

7. Semasa berpisah, buatkan S.O.P. (Standard Operating Procedures) komunikasi antara anda berdua. Contoh setiap malam atau setiap dua malam (terpulang mengikut persetujuan anda berdua) waktu tempatan antara jam 11-12 akan hubungi melalui Skype atau App yang sewaktu dengannya “without fail”. Jika ada hari-hari yang terlepas, maka diwujudkan denda yang boleh menambah nilai kasih sayang antara anda berdua seperti beli hadiah yang bernilai lebih RM50 kepada pasangan.

8. Di dalam solat semasa sujudmu berdua, jangan lupa mendoakan agar Allah menetapkan iman dan menyatukan hati-hati anda berdua di atas jalan perkahwinanNya walaupun tinggal berjauhan.

9. Sekiranya isteri mendapat berita yang kurang enak daripada sumber ketiga, abaikan sahaja. Terimalah yang sah daripada suami anda sendiri walaupun hati terasa gundah akan jawapannya. Yakinlah, itu bisikan syaitan yang bijak merosakkan kasih sayang anda berdua. Tidak perlulah anda menjadi spy merungkai “password” suami anda. Serahkan kepada Allah kerana “password”nya Allah yang tahu.
Selamat BerPJJ......................................................... Pak Utih, boleh share.

10 Mei 2015

Khas Untuk IBU

Khas Untuk IBU

1. Allah sangat muliakan wanita. Kerana wanita yang dianugerahkan nama IBU adalah "tempat" kejadian manusia di dunia ini.

"Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Ali Imran:6)

2. Allah limpahkan RahmahNya dan berkat kepada ibu yang mengandung anaknya.

"Isterinya berkata: “Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.

Malaikat-malaikat itu berkata: “Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya”( Hud: 72-73)

3. Sayangnya Allah kepada ibu yang sedang mengandung hingga diperincikan panduan kepada suami untuk menjaga dan menguruskan ibu terutama sekali yang sedang mengandung walaupun sudah diceraikan,.

"Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya" (At Talaq:6).

4. Allah merakamkan perasaan dan emosi ibu yang sedang melahirkan anaknya dan diajar kepada suami untuk melayan isterinya yang sedang melahirkan anaknya dengan memberikan minuman dan makanan yang berkhasiat dan terus berkomunikasi dan melayanan tekanan emosi isterinya itu.

"(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”. (Maryam: 23 - 26)

5. Ibu yang sejati ialah ibu yang berniat anaknya itu nanti menjadi mukmin yang bebas dan berbakti kepada masyarakat.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”(Ali Imran:35)

6. Oleh itu berbuat baiklah kepada ibu kita dan juga isteri kita yang menjadi ibu kepada anak anak kita,

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman: 14)

Selamat Hari Ibu untuk ibu semua... Pak Utih

13 Mac 2015

Bila suami balik ke rumah

Kebiasaan minda orang lelaki, sampai aje di rumah, terus tukar "gear' kepada MAKAN - MAIN - TIDUR. Badannya automatik menjadi "statik atau Off" sebagaimana keadaan kereta di isi minyak di stesen minyak.





Sebaliknya minda orang perempuan akan terus aktif "multitasking" ligat macam lipas kudong memebuat kerja rumah yang tak sudah sudah.

Oleh itu jika isteri inginkan suaminya tolong buat sesuatu di rumah, caranya:

1. Sampai suami di pintu terus sambut dia dengan ungkapan kesyukurann seorang pahlawan pulang dari peperangan, "Alhamdulillah, my hero dah balik".

2. Terus (MAKAN) sediakan makanan dan minuman sekadar utk dia mengalas perut dan membasahkan tekaknya. Biar dia sendirian dalam 10 minit.

3. Selepas ini dia akan (MAIN). Terpulang kepada minat dan hobi suami, Ada yg baca majalah, tgk tv, baca surat khabar, menyiram bunga, tengok barangan hobi dan sebagainya, Waktu ini boleh ajak bersembang. Dan masa inilah AMAT sesuai minta pertolongannya membantu kerja rumah. Katakan kepadanya hanya dia seorang sahaja yang boleh membuat kerja itu.

4. Jika kerjaya suami memang berat dan meletihkan, selepas MAKAN dia akan terus TIDUR. Biarkan dan iktiraf dia tidur. Tentukan jangka masa tidur dan berjanji untuk kejutkan dia. In sya Allah dia akan bertenaga nanti untuk membantu kerja rumah.

Selamat mengHEROkan dia......... Pak Utih