13 Ogos 2014

Siapakah yang "wajib" pergi Honeymoon?

bali1_jpg.jpg

Pergi "honeymoon" atau berbulan madu bukan budaya kita. Tetapi pasangan muda sekarang ini (Generasi Y) yang cara hidup mereka lebih terkawal, tersusun, terdedah dengan maklumat dan penuh dengan peraturan yang telah ditentukan  sistem pendidikan di bandar dicadangkan elok cari peluang pergi berbulan madu.

Berbeza dengan generasi "BabyBoomers" (ibubapa mereka) yang kebanyakannya lahir dan dibesarkan di dalam suasana kampong yang hubugan kekeluargaan amat rapat. Pengetahuan mengenai rumah tangga diperolehi daripada saudara mara di kampong. Jika ada krisis, satu kampong membantu mereka.

Berbulan madu ialah pasangan yang baru berkahwin pergi ke sesuatu destinasi pelancongan untuk mencari peluang berkenal mesra buat pertama kali selepas diijabkabulkan. Kebanyakan pasangan memilih hotel atau tempat peranginan di tepi laut. Sepanjang berbulan madu, pasangan ini memadu kasih dan sekembali nanti penuh dengan kenangan manis yang akan diungkapkan dari masa kesemasa untuk menambahkan lagi cinta kasih sayang.

Pasangan manakah yang "wajib" pergi?

1. Pasangan yang selepas berkahwin terpaksa tinggal berasingan kerana tempat kerja suami isteri tidak setempat (jauh),

2. Pasangan suami isteri masih belajar dan terpaksa berpisah antara benua.

3. Pasangan yang tinggal di rumah ibabapa atau mertua.

Pasangan yang "sunat" pergi?

1. Pasangan yang tinggal serumah sendiri.

 

Tujuan Berbulan Madu

1. Semasa berbulan madu nanti, bagi pasangan yang baru kenal (perkahwinan yang diatur oleh keluarga) dapat memecah rasa segan dan malu bersama suami atau isterinya.

2. Peluang untuk memutikkan rasa keselesaaan bersama agar mendapat anugerah "mawaddah wa rahmah" daripada Allah SWT.

3. Merancang halatuju pasangan ini agar kedua suami dan isteri dapat memainkan peranannya di dunia ini untuk kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak.

4. Membantu pasangan memahami budaya hidup keluarga masing-masing

5. Merangka dan mencipta budaya baru di rumah agar kehendak dan keperluan suami isteri yang berbeza itu terbelai dan produktif.

 

Ativiti berbulan madu

1. Merancang dan memilih tempat berbulan madu yang sesuai dengan status kewangan pasangan. Pastikan tempat itu yang belum pernah pergi. Ini memberikan impak kemesraan yang lebih. Dicadangkan di tepi laut.

2. Berpegang tangan apabila berjalan. Ini boleh mempercepatkan kemesraan. Pastikan jalan bersama bersebelahan. Bukan ditinggalkan.

3. Setelah "check in" bilik penginapan, suami serahkan segala pengurusan bilik itu (katakanlah dua malam) kepada isterinya. Selama dua malam itu, apa saja pandangan dan komen isteri mengenai bilik itu, terimalah. Tujuan untuk melatih pasangan agar di rumahnya nanti, isterinya ialah pengurus yang wajib dipatuhi.

4. Aktiviti di luar bilik penginapan adalah tanggungjawab suami. Suami merancang aktiviti "outdoor". Jangan duduk dalam bilik aje sepanjang 3 hari 2 malam itu. Nanti tidak kenal matahari dan bulan.

5. Aktivit outdoor yang sesuai ialah kanoing (menghayati peranan suami menjadi penjaga dan pengemudi isteri dalam kehidupan), kabel bukit atau naik gajah, yang menggayatkan (agar peranan suami menjaga kebimbangan isteri dapat dihayati), jungle trek atau berenang di pantai (juga melatih dan menghayati kerjasama suami isteri dalam kehidupan).

6. Semasa makan pagi, tengahari, makan malam di restoren hotel, eloklah dijadikan sesi berkenalan dan merancang kehidupan masa depan. Pasangan masing-masing menceritakan budaya cara hidup keluarga mereka dan perkara yang "boleh" dan "tidak boleh" dilakukan di rumah keluarga masing-masing.

7. Berbalas-balas ceritakan pengalaman masing-masing bermula dari kecil hinggalah sekarang. Jika ada peristewa "hitam" yang boleh menyinggung perasaan pasangan, elok tidak diceritakan. Cuba fahami dia berdasarkan pengalamannya ini agar mudah untuk berasa "rahmah' (belas kasihan) kepadanya.

8. Mungkin terlalu awal untuk memikirkan berapa orang anak, berapa buah rumah hendak dibeli. Tapi cukup dengan membuat ketetapan pengurusan kewangan untuk keluarga. Kebiasaannya duit gaji suami untuk meneruskan pembayaran hutang peribadinya (kereta atau pinjaman pendidikannya), membayar belanja tetap rumah dan barangan tetap keperluan dapur. Pendapatan si isteri pula untuk dia teruskan hutang sebagaimana suami, membeli barangan runcit daput dan menyimpan untuk keluarga (kecemasan, anak-anak, tabung haji, melancong dan sebagainya). Sebab sifat wanita secara semulajadinya suka menyimpan dan berjimat. Ini hanya contoh.

9. Buat ikrar bahawa ingin hidup bersama di dunia hingga ke akhirat dan di tempat makam yang tertinggi di syurga bersama sanak sekeluarga.

10. Ingatkan peristewa ini apabila anda berdua berkrisis. Agar nostalgia berbulan madu ini mampu nanti menjadi penawar kepada kekusutan jiwa nurani anda.

 

Selamat berbulan madu.... Pak Utih 12/8/2014

 

 

2 ulasan:

  1. Salam. Sy nak tanya pak utih. Bagaimana perkahwinan yg langsung tidak ada honeymoon? Jika menurut "fatwa" pak utih di sini, hukum homeymoon pd perkahwinan rakan baik sy adalah wajib. Kerana jarak mereka terpisah antara benua disebabkan study. Namun, si suami tidak pernah bawa honeymoon biarpun telah tamat belajar. Si isteri hanya mahu sekali jauh dari hiruk pikuk kota dan tidak kisah sekiranya destinasi tersebut adalah yg termurah di Malaysia. Dari wajib jadi sunat kerana skrg mereka sudah tinggal bersama. Hampir setahun perkahwinan namun tidak pernah ada percutian. Hujung minggu juga sibuk dengan pelbagai aktiviti program. Apa respon yg baik bg seorg isteri ini utk kekal menjadi isteri yg sabar dan terus melayan suaminya dgn baik?

    BalasPadam
  2. Wsalam Mastura,

    Kalau anda ada duit.. anda sendiri yang rancang bawa dia pergi bercuti. Biasanya kalau suami sentiasa bz dgn tugasannya, memang dia tak nampak pergi bercuti itu baik utk mengeratkan kasih sayang. Wlwbgaimanapun try dulu. ya. Tok sah harap dia ajak.. Anda yg cuba dulu.

    BalasPadam