22 Jun 2014

Masa Kualiti Tidak Mahal

LOVE is... the little unexpected things that make a life together.
 

Kita kembali dari pejabat dengan segala penat lelah 8 jam di pejabat (kadang-kadang tu ditambah pula lelah di jalanraya yang "jamnya" memanjang-manjang. Sampai di rumah, isteri kita pula dengan wajah yang penat lelah menguruskan anak-anak kita yang "buas" tu (jika ada anak lah). Jika isteri kita bekerja pejabat, sama-sama balik dari kerja, maka sama-samalah kita berpenat lelah. Lebih parah lagi kita bergayut dalam bas atau LRT  dan isteri kita berimpit dalam komuter. Sampai di rumah, sama-sama tak sempat nak bertegur sapa, terus berdengkur atas katil. Dia pandang ke barat kita pandang ke timur. Bagi yang aktif pula dengan masyarakat atau jamaah, maka waktu-waktu yang SECOND-HAND itulah digunakan untuk kerja-kerja kebajikan dan dakwah. Mana pula ada masa nak bersenda gurau dengan isteri dan anak-anak di rumah. Itulah kehidupan sebahagian dari kita.


Hujung minggu pula, program jamaah dan persatuan telah menanti untuk kita menggerakkannya. Jika kita dan isteri kita sama-sama aktif, maka semua anak pinak, kita angkut bersama-sama di dalam program itu. Maka jadilah ia seperti berprogram di dalam bilik darjah sebuah tadika atau taman asuhan. Anak-anak memang enjoy dengan suasana tersebut. Sebab jika kelakar yang mereka buat itu paling "berani", maka mereka akan mendapat perhatian dari Pak Cik-Pak Cik dan juga Mak Cik-Mak Cik. Selesai berprogram, kita kembali ke rumah untuk bersedia menjalani kehidupan harian yang serupa dari minggu ke minggu.


Apa silapnya kita?...tiada silap, malah kita sepatutnya bersyukur kerana dapat memenuhi masa kita dan keluarga kita dengan kerja-kerja yang berfaedah. Tapi alangkah indahnya jika sekali -sekala kita "break the monotonous" itu hanya bersama-sama dengan isteri kita sahaja. Berdua berpegangan tangan ke restoren-restoren mewah atau "window shopping" di komplex mewah sekali-sekala. Kita pakat-pakatlah dengan jiran kita untuk menjaga anak-anak kita. Lupakan kerja-kerja pejabat, jamaah dan kebajikan pada detik-detik ini. Ucaplah kata-kata indah, genyit-genyitkan mata, kenangkan kembali saat-saat indah semasa berbulan madu dahulu... Jangan buat selalu, tapi cukup 3x dalam setahun. Itu pun berdasarkan kesibukan atau status kewangan kitalah. Kita rancang bersama isteri kita tarikh-tarik ini. Lebih indah lagi jika tarikh-tarikh ini bertepatan dengan tarikh-tarikh istimewa masing-masing.


Kesannya, menghuraikan kekusutan fikiran terutama sekali isteri kita. Isteri kita yang full-time di rumah atau part time ke, MEMANG menanti-nantikan waktu-waktu tersebut. Maka setahun yang berlalu, bagaikan sehari yang lepas jika mereka dapat meni'mati waktu-waktu ini.. Ada juga yang tidak mahu tetapkan tarikh-tarikh ini. Mereka suka membuat "surprise" pada isteri. Tapi awas!.. takut-takut terlupa nak "surprise". jadi isteri pula yang tak "surprise" jika kita tak bawa dia ke tempat-tempat itu.


Isteri kita adalah pakaian untuk kita dan kita adalah juga pakaian untuk mereka. Kita ada hak terhadapnya dan dia juga ada hak terhadap kita. Maka tunailah hak-hak mereka dengan baik mengikut kemampuan kita. Bersyuralah dengan mereka. Walaupun isteri kita itu hanya pandai menguruskan rumah kita sahaja.


Selamat mencuba.



- Pak Utih -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan