1. TUJUAN: Kursus 30 hari 30 malam yang diwajib pada orang beriman setiap tahun di bulan Ramadhan ini ialah untuk menambahbaiki dan meningkatkan keimanan agar orang-orang beriman istiqamah menjalani kehidupan dakwah di dunia ini.
2. OBJEKTIF: Diakhir kursus semua peserta dapat memiliki sifat Taqwa.
3. TEMPAT KURSUS: Di mana saja peserta itu tinggal dan sebaik-baiknya tempat dia bermustautin.
4. JANGKAWAKTU : 30 hari 30 malam
5. FASILITATOR: ALLAH SWT.
6. NOTA DAN BAHAN KURSUS: 30 Juzuk Al Quran (dibaca setiap malam 1 juz)
7. BAYARAN PERCUMA: Niat sahaja sudah memadai untuk berdaftar.
8. ATURCARA:
- Simulasi sebelum subuh - bangun solat tahajud, sahur.
- Simulasi jadi malaikat siang hari (Tiada nafsu dunia) bermula waktu subuh hingga maghrib.
- Simulasi menunggu arahan Allah dan laksana dengan segera (berhenti makan sebelum waktu subuh dan mula makan masuk waktu maghrib).
- Simulasi menjadi Malaikat sentiasa beribadah kepada Allah melalui solat Terawih.
- Simulasi sebagaimana Rasulullah saw bertadarus Al Quran dengan Jibril as. (ikut kelapangan dan sebaik2nya satu juzuk satu malam.
- Anugerah Sijil Peneyertaan dan Cemerlang Taqwa disampaikan oleh Jibril as hanya di masjid pada malam Lailatul Qadar. Oleh itu sila hadir di 10 malam terakhir iktikaf untuk mendapat sijil tersebut.
- Penilaian Taqwa (Self Appraisal) apabila dapat sambung simulasi kursus ini 6 hari pada bulan Syawal berikutnya.
Selamat Berkursus - Pak Utih ( 1 Ramadhan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan