30 Jun 2016

Khas untuk Pasangan Yang baru berkahwin: DAH BUAT KEPUTUSAN NAK BALIK MANA RAYA NI? Ini tipnya::
JIKA DI RUMAH KAMPONG ISTERI
1. Isterinya tidak stres dan sisuaminya biasanya "cool". Bersama buat objektif raya pertama kali ini untuk menghiburkan ibu ayah dan kelaurga siisteri.
2. Isteri beri taklimat kepada suami budaya ayahnya semasa menyambut hari raya. Agar suami boleh bersedia bersama menghiburkan mertuanya. Waktu dia ke masjid, pakaiannya, makannya, masa berborak dan aktiviti yang lain.
3. Rancang nanti, tiba di rumah sisuami yang berikan hadiah kepada ibu (kueh atau makanan) dan ayah (pakaian yang dah siap)
4. Sisuami bersama-sama mengangkat beg2 ke bilik penginapan.
5. Aktiviti harian (sambut dan melayan tetamu, keluarga dan jiran) isteri harus proaktif beri taklimat kepada suami agar dia tidak kekok bersama keluarga barunya.
6. Jika suami tak sempat ke masjid, solat berjamaah bersama isterinya.
7. Masa nak meninggalkan rumah itu, si suami yang menghulurkan wang sekadar yang mampu sebagai tanda terima kasih kepada ibu mertua. Untuk ayah mertua, cukup sekadar mencium tangannya.
JIKA DI RUMAH KAMPONG SUAMI
1. Tetapkan bersama objektif untuk menghiburkan ibu ayah dan keluarga di kampong.
2. Buat perancangan rapi selama berada di rumah itu (seeloknya tak lebih 3 hari), Isteri cadangkan apa baju yang akan dipakai berdasarkan "aturcara" nanti. Apa hadiah yang akan diberikan kepada ibu dan ayah (Suami yg beri pandangan mengikut minat ibu dan ayahnya). Sampai di rumah, si isteri yang menghulurkan hadiah2 itu.
3. Suami terangkan budaya ibunya menyambut hari raya juga selepas dan sebelum raya kepada isteri agar isteri boleh bersedia untuk menghiburkan ibu mertuanya.Termasuk cara ke dapur memasak, membasuh kain dan mengemas rumah.
4. Jika suami ada ramai adik beradik dan saudara mara, dia mesti menceritakan setiap satu perangai mereka agar isteri boleh bersedia bersemuka, bersembang dengan mereka. Supaya isteri tidak terasa hati jika ada keluarga mara yang kaki usik.
5. Suami harus sentiasa ada disisi isterinya untuk berikan sokongan terutama sekali apabila timbul perkara yang asing atau baru bagi isteri. Terutama sekali loghat isteri dengan suami jauh berbeza. Suami pembela dan penterjemah untuk isteri.
6. Berpakat dan selesai di dalam bilik (berdua sahaja) jika timbul perkara yang tidak menyenangkan.
7. Buat jadual masa suami keluar ke masjid atau berjumpa beraya dengan kawan2nya sekampong dan masa bersama isteri di rumah dan sentiasa "update" lokasi suami untuk menenangkan jiwa isteri yang keseorangan di rumah.
8. Setiap malam sebelum tidur bersyukurlah jika apa yang dirancang diizinkan Allah.
9. Nak pulang nanti, si isteri yang menghulurkan wang sekadar yang mampu sebagai tanda terima kasih kepada ibu mertuanya. Untuk ayah mertua, cukup dengan mencium tangannya.
Selamat merancang. Ini bukan hukum atau fatwa ye. sekadar panduan. Pak Utih

30 November 2015

SAYANGKAN ISTERI TOLONG "FULL" MINYAK KERETANYA

SAYANGKAN ISTERI TOLONG "FULL" MINYAK KERETANYA

Kebiasaan org perempuan terutama sekali yg berkerjaya, mindanya non stop memikirkan hal-hal anak, kerja-kerjanya, teman sepejabat, anak muridnya jika dia guru dan hal-hal suaminya. Terutama sekali waktu pagi. Semuanya itu aktif serentak. Sel white matter yg 10x lebih banyak daripada lelaki, membolehkan dia menghubungkait semua isu dengan yang lain dengan lancar dan mudah.

Namun ada satu bahagian yg tidak termasuk di dalam neuron otak pemikirannya ialah keretanya. Binaan mindanya tidak diciptakan untuk minat kepada mesin, gajet atau alatan.


Apa yg dia tahu, capai kunci, masuk kereta, start engin, jalan.
Dia akan sedar sesuatu terjadi pada keretanya apabila ada amaran atau perkara itu terjadi.

Oleh itu jika suami ingin disayangi oleh isteri, SEKALI SEKALA isi penuhlah minyak keretanya secara surprise. Pasti dia rasa terharu kepada anda. Khidmat anda itu amat dihormatinya kerana anda telah melengkapi kehidupannya pada hari itu.

Cubalah ........ Pak Utih.

TANDA-TANDA SUAMI TERLEBIH SAYANG ISTERI

TANDA-TANDA SUAMI TERLEBIH SAYANG ISTERI

Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang Ustaz di FB yang mengatakan, “ Suami isteri yang boleh berkekalan hingga ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi sayang isteri kepada suami ”.

Apakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?

1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.

2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.

3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.

4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.

5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.

6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.

7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.

8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.

9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.

10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.

Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda....jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang.....Selamat menyayangi isteri............................... (joking-joking je...Pak Utih)

22 September 2015

Jika ibubapa/mertua datang ke rumah, kita sibuk kerja!

Jika berlaku keadaan demikian, jangan panik, berbincang dengan suami isteri dan uruskan secara pasukan untuk melayani mereka. Apalagi isteri yang kerja syif, on call, atau over time.


1. Ingat! apabila ibubapa atau mertua datang ke rumah kita sama ada dirancang atau mengejut, itu bermakna Allah hendak memberikan pahala kepada kita. Oleh itu hendaklah redha kedatangan mereka dan bersyukur kepadaNya.

2. Sediakan semua bahan-bahan mentah dan kering keperluan dapur yang lengkap yang boleh digunakan untuk memasak menu-menu yang biasa ibu / mertua masak. Contoh: untuk memasak kari ikan kembung, pastinya ada 2-3 ekor ikan kembung, daun kari, serbuk kari untuk ikan, asam jawa, bawang kecil, bawang putih, halia, santan kelapa, bendir dan minyak masak.

3. Bila ibu / mertua telah rehat, sebelum isteri pergi kerja, jemput ibu / mertua ke dapur, tunjukkan kedudukan semua bahan-bahan kering dan basah dan terangkan kepada mereka, "buatlah macam rumah ibu sendiri" , gunakanlah untuk memasak dan sebagainya.

4. Tunjukkan cara menggunakan dapur, kerana cara alat-alat mungkin tidak sama dengan di rumah ibu". Tunjukkan juga tong sampah dan cara membuang sampah.

5. Tunjukkan juga cara menggunakan TV HD yang banyak remote-remote itu. Sabarlah di atas ketidakpandaian mereka mengenai penggunaan TV HD. Jika mereka pinta Wifi, jangan lupa berikan mereka kata kuncinya.

6. Bila pulang ke rumah, ibu mertua telah tersedia makanan di atas meja, Makanlah selahap-lahapnya walaupun anda telah makan di pejabat tadi. Ini akan menambah pahala kerana ibu / mertua terasa gembira atas masakannya. JANGAN kata, Saya dah makan di pejabat tadi, kenyang".. anda biarkan makanan itu tidak disentuh hingga esoknya.

7. Sila beritahu jiran sebelah menyebelah yang ibu bapa / mertua ada di rumah dan beritahu juga mereka siapa jiran-jiran di sebelah. Bertujuan, jika terjadi perkaran yang tidak diinginkan, mereka tahu siapa untuk dihubungi dengan segera.

Selamat menyambut kedatangan ibubapa / metua ke rumah............. Pak Utih (boleh share)

8 September 2015

AJAK ISTERI BERAYA DI KAMPUNG RUMAH SUAMI

Nak Ajak Isteri Beraya di Kampung Rumah Suami

Memang megah dan seronok, terutama sekali yang baru berumahtangga, bawa isteri beraya di rumah kampung sendiri. Pastinya akan pulang seawal dua atau tiga hari berpuasa bersama keluarga sebelum menyambut kedatangan Syawal.

Terasa hebat kejantanan apabila hari raya kali ini berstatus seorang suami membawa isteri beraya di kampung.
Bagaimana pula perasaan sang isteri baru itu, adakah juga berasa gembira dan terharu mendapat undangan pertama kali beraya di rumah orang lain?.

Wahai suami baru, isteri anda tidak gembira sebagaimana anda rasai. Walau bagaimanapun, dia tidak akan menolak undangan anda kerana dia ingin juga mengamalkan sifat-sifat ketaatan dan kesetiaan kepada suaminya untuk kali pertama ini. Namun kegelisahannya pasti bergoncang sebaik saja suami menyuarakan hasrat beraya di kampungnya.

Apa yang dia risaukan?

1. Sampai di rumah nanti, siapa yang perlu dia layan dulu?

2. Bilik mana dia akan tidur dan bagaimana menguruskan bilik tidur itu?

3. Apa hadiah yang perlu dibeli dan untuk siapa?

4. Apakah dia perlu ke dapur memasak untuk keluarga atau hanya membantu?

5. Bagaimana nak basuh baju kalau dijangkakan seminggu di rumah itu?

6. Adakah perlu dia sentiasa bertudung di rumah itu.

7. Apa perlu dia buat pada pagi raya dan kalau tetamu datang beraya di rumah itu?

8. Bagaimana nak melayan ipar-ipar dan anak-anak saudara yang datang ke rumah nanti?

9. Banyak lagi yang dia fikirkan… (tolong tambah)

Oleh itu wahai suami, elok kita bantu ringankan stres isteri ini agar dia terasa kehadiran dia nanti di rumah barunya itu dihormati dan difahami.

1. Elok berpuasa di rumah ibubapanya dahulu dalam dua tiga hari sebagai kunjungan hormat menyatakan kepada ibubapanya yang tahun ini anak perempuan kesayangan mereka itu tidak akan beraya bersama mereka.

2. Sebaik-baiknya rancang beraya di kampung hanya tiga malam sahaja. Jika dah ambil cuti seminggu, pada malam keempat, elok pergi ke tempat lain, dan malam ke lima baru tidur di kampung semula untuk dihabiskan hari cuti itu. Ini bertujuan untuk memecahkan “monotonous” kebosanan dan mengurangkan stres isteri yang masih baru di rumah itu.

3. Senaraikan semua aktivit harian ibu anda daripada bangun sahur hingga dia masuk tidur. Kemudian terangkan kepada isteri agar isteri tadi tahu pergerakan seharian ibu mertuanya itu dan melayan ibu mertuanya mengikut aktiviti rutinnya. Dengan ini isteri tadi tidak kekok dan mudah untuk dia mengenali ibu mertuanya.

4. Terangkan juga masakan-masakan kegemaran ibu itu semasa bersahur, berbuka dan hidangan raya agar isteri anda boleh “google” recipe berkenaan sebagai persediaan membantu mertuanya di dapur.

5. Terangkan juga hadiah-hadiah yang menjadi minat ibu dan ayah. Jika anda sebagai lelaki tidak tahu (memang tak tahu pun) elok tanyalah kakak atau adik perempuan anda mengenai hal ini. Mereka boleh membantu. Dan sesampai di rumah nanti, biarkan isteri anda yang menyerahkan hadiah itu kepada ibu dan ayah anda. Ini memberikan pandangan pertama yang positif daripada ibu dan ayah anda kepada isteri anda. Isteri juga terasa dihormati. Sebaik-baik hadiah ialah biskut raya atau juadah makanan untuk berbuka puasa. Jangan hadiah kain yang belum berjahit atau makanan mentah yang membebankan ibu mertua memasaknya.

6. Jika berkumpul sanak saudara beramai-ramai, jangan tinggalkan isteri anda kesaorangan. Duduk bersama dia melayan dan membantu menjawab soalan-soalan daripada sanak saudara yang kadang-kadang itu sengaja melontarkan soalan “mengena” terutama sekali yang berlainan dialek. Kecewa isteri anda jika dia terasa dipermain-mainkan terutama sekali anda tidak “mempertahankan”nya.

7. Jika isteri mengadu dan mengomen itu ini mengenai keadaan dan perangai orang-orang di rumah itu, jangan terus menghentamnya. Isteri anda sedang “mengorientasi” atau “menyelami” atau “kondisi” suasana baru di rumah barunya itu. Dengarlah perkataannya dan jawablah dengan kasih sayang agar penjelasan anda itu dapat diterima sebagai rasa belas kasihan.

8. Kalau isteri anda segan atau malu pada peringkat awal bertanya kepada mertua atau iparnya untuk dia membantu kerja rumah, temanilah dia hingga dia sudah yakin untuk buat sendirian. Comtohnya menggunakan mesin basuh dan menyidaikan kain di ampaian dan sebagainya. Mungkin, teknik dan amalan kebiasaannya tidak sama dengan di rumah itu.

9. Jika ada perkara yang dia tidak puas hati, elok dibincang di dalam bilik atau tempat yang ada “privacy”.

10. Sebelum meninggalkan rumah, suruh isteri anda yang hulurkan wang raya semampu yang anda ada, kepada ibu dan ayah. Upacara Ini mengikatkan lagi kasih sayang ibubapa anda kepada isteri anda.

11. Sesampai di rumah anda, suruh isteri anda telefon ibu memberitahu yang anda berdua telah selamat sampai di rumah. Ini juga menambah kasih sayang mereka berdua kepada anda.

Selamat merancang membawa isteri – Pak Utih… boleh “share”.

BAJU RAYA SUAMI DI KAMPUNG

ISTERI BANTU SUAMI BERPAKAIAN YANG PERTAMA KALI RAYA DI RUMAH MERTUANYA

Ibu bapa mertua memang teruja untuk melihat tuah dan akhlak anak menantu lelaki yang pertama kali beraya di rumahnya. Kebanyakan mereka mengharapkan menantu lelaki ini dapat memimpin dan memimbing anak daranya yang telah diserahkan kepadanya. Pandangan pertama cara suami muda ini berpakaian di rumah mertua memang boleh memberikan kesan terhadap persepsi mertuanya.

Disebabkan kebanyakan lelaki “buta warna” dan juga “buta etika berpakaian”, maka isterinyalah yang sepatutnya menguruskan pakaian-pakaian yang sesuai untuk dipakai oleh suaminya dihadapan ibubapanya. Suami pula, patuhlah kepada saranan isteri ini kerana mata mereka hebat boleh melihat pelbagai warna seperti skrin HD dan bijak mengadun suasana.


Berikut tipnya:

1. Hari pertama sampai ke rumah. Pakaian “Smart Casual” ( T shirt tidak berkolar dilarang sama sekali) dengan warna sedondon dengan pakaian isteri.

2. Berbuka puasa di rumah. Baju melayu berkain pelikat. (T shirt tidak berkolar dilarang sama sekali) agar boleh terus berjamaah di masjid atau di rumah dengan pakaian ini.

3. Jika suami ingin memakai jubah arab, minta kebenaran ayah mertua sekiranya ayah mertuanya itu tak pernah memakai jubah. Budaya melayu memakai jubah menggambarkan ketinggian ilmu keagamaannya. Tujuan minta kebenaran adalah untuk menghormatinya. Tetapi sekiranya ayah mertua memang sentiasa memakai jubah, maka amat sesuai menantu ini juga memakai jubah.

4. Sepanjang hari raya pertama, baju melayu bersamping bersongkok dengan warna sedondon dengan pakaian isteri.

5. Jika suami ingin memakai jubah untuk hari raya pertama, maka ikutilah tip no 3 di atas. Pastikan juga jubah itu sedondon dengan pakaian isterinya.

6. Tujuan berpakaian sama seperti ayah mertua kerana semasa bergambar grupfoto nanti, semua kelihatan sekata seirama sehati sejiwa.

7. Jika ayah mertua menghadiahkan songkok, pakailah pada hari raya pertama walaupun anda tidak selesa atau biasa. Ini bertujuan menghormatinya. Pastikan songkok itu sesuai dengan tema pakaian anda berdua suami isteri.

8. T shirt tidak berkolar hanya sesuai dipakai semasa menolong mertua membersihkan halaman rumah, memasak lemang, mengacau dodol, aktiviti yang berpeluh dan semasa masa nak tidur sahaja.

9. Jangan sekali-kali hanya berkain pelikat atau seluar tanpa baju semasa berada di dalam rumah mertua melainkan di dalam bilik tidur sahaja.

10 Pakaian meninggalkan rumah balik ke tempat kerja masing-masing ialah “smart casual” warna yang sedondon dengan isteri.

Selamat berhari raya di rumah mertua....................... Pak Utih

"Lasting Love" Pasangan PJJ

“”Lasting Love” pasangan PJJ

Berpisah setelah bernikah amatlah menyiksakan bagi pasangan terutama sekali yang perempuannya. Semua wanita yang telah bergelar isteri sentiasa ingin bersama suaminya. Jika boleh sepanjang masa setiap saat berkepit disebelah suaminya.

Bagi sisuami pula yang mindanya boleh fokus dan menyibukkan dengan tugasannya, hanya akan terasa sunyi rindu kepada isterinya apabila hendak tidur malam.
Namun demi tugas, mencari ilmu dan kerjaya, mereka terpaksa berpisah jua. Adakah di sana jalan penyelesaian? Berikut adalah tip untuk mengurangkan kebimbangan, kerisauan, keperitan perpisahan antara anda berdua.

1. Suami ada rancangan dan kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk tinggal bersama-sama nanti. Anda berdua tetapkan tarikh “keramat” penamat duduk berasingan itu. In sya Allah, yakinlah, isteri itu pasti akan menanda “the count-down” memangkah hari demi hari “looking forward” tarikh yang dinantikan. Jiwanya ada harapan sedikit dan dia bertambah tenang melihat “count-down” itu.

2. Sebaik-baiknya jangan berpisah lebih daripada 3 bulan. Naluri wanita terasa sangat gelisah jika ditinggal suami lebih 3 bulan. Semasa zaman pemerintahan Saidina Umar ra, beliau telah mengarahkan semua tentera di perbatasan pulang ke rumah selepas 3 bulan. Oleh itu, usahakan untuk bertemu melepaskan rindu dendam paling setiap 3 bulan.

3. Pertemuan ini hendaklah khas berjumpa memadu kasih berdua sahaja. Bukan pulang ke kampong bersama menziarah ibubapa mertua di kampong. Pertemuan ini tidak memberikan nilai tambah kepada pasangan. Malah dikhuatiri bertambah stres kerana terpaksa melayani ibubapa mertua yang juga merindui anaknya yang terpisah ini.

4. Contoh: Suami belajar di Australia, isteri kerja di Malaysia. Buat pertemuan 3 bulan sekali di Bali atau yang seumpama dengannya (ikut kemampuan baget) selama 3 hari 2 malam. Selepas itu pulang semula ke tempat masing-masing.

5. Jika kedua pasangan berada di Malaysia, tempah menginap di hotel-hotel kegemaran dahulu dalam 2-3 hari sebelum bertandang ke rumah mertua atau rumah yang diduduki isterinya sekarang. Suasana bilik hotel yang romantis boleh menambah nilai cinta berahi menampung keperitan kerinduan perpisahan itu.

6. Setiap kali pertemuan bersejarah itu, digalakkan memberi hadiah kepada isteri satu cenderamata istemewa secara ala-kadar sebagai ingatan pertemuan di tempat itu. Jika suami ini orang berada, dicadangkan hadiahkan kepada isteri gelang “Pandora” atau yang sewaktu dengannya. Setiap kali pertemuan cinta ini, isteri itu pula akan membeli “Charm” tersendiri untuk mengingati peristewa tersebut.

7. Semasa berpisah, buatkan S.O.P. (Standard Operating Procedures) komunikasi antara anda berdua. Contoh setiap malam atau setiap dua malam (terpulang mengikut persetujuan anda berdua) waktu tempatan antara jam 11-12 akan hubungi melalui Skype atau App yang sewaktu dengannya “without fail”. Jika ada hari-hari yang terlepas, maka diwujudkan denda yang boleh menambah nilai kasih sayang antara anda berdua seperti beli hadiah yang bernilai lebih RM50 kepada pasangan.

8. Di dalam solat semasa sujudmu berdua, jangan lupa mendoakan agar Allah menetapkan iman dan menyatukan hati-hati anda berdua di atas jalan perkahwinanNya walaupun tinggal berjauhan.

9. Sekiranya isteri mendapat berita yang kurang enak daripada sumber ketiga, abaikan sahaja. Terimalah yang sah daripada suami anda sendiri walaupun hati terasa gundah akan jawapannya. Yakinlah, itu bisikan syaitan yang bijak merosakkan kasih sayang anda berdua. Tidak perlulah anda menjadi spy merungkai “password” suami anda. Serahkan kepada Allah kerana “password”nya Allah yang tahu.
Selamat BerPJJ......................................................... Pak Utih, boleh share.